
Banjir Disember 2021 tinggalkan kesan kepada nelayan
AYER LIMAU 2 September – Banjir besar Disember tahun lalu dianggap bencana paling buruk pernah melanda kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.
Majoriti nelayan darat di Lubok China menanggung kerugian ribuan ringgit selepas peralatan menangkap ikan milik mereka rosak atau dihanyutkan banjir.
Nelayan berpangkalan di Teluk Berembang, Md Suradi Ali, 64, berkata, bencana itu menyebabkan dia dan ramai lagi rakannya terputus rezeki.
“Air naik melepasi bumbung jeti, papan lantai dihanyutkan air, hampir 30 bot diikat disitu tenggelam, enjin bot pula rosak menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan belanja besar untuk menanggung kos membaikinya.
“Berminggu-minggu kami tidak dapat turun ke sungai, pendapatan ketika itu terjejas sangat teruk,” katanya ketika ditemui pada Program Penyerahan Bantuan Bencana Banjir kepada Nelayan Darat Negeri Melaka di Kompleks Japerun Ayer Limau, di sini, hari ini.
Program diadakan itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Md Suradi meluahkan rasa syukur atas keprihatian kerajaan yang sentiasa mengambil berat kebajikan nelayan darat di kawasan itu.
“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya bantuan ini mampu mengurangkan bebanan yang kita hadapi dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terlibat,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HANYA MELAKA ADA WRUR, MUDAHKAN URUSAN SELESAI MASALAH RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Melaka menjadi satu-satunya negeri di Malaysia melaksanakan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) bertujuan mempermudahkan...
MELAKA TAK ADA MASALAH ‘ORDER’ LAIN DAPAT LAIN, KITA ADA KAMPUNG DIGITAL
KUALA LUMPUR 12 September - Usaha Kerajaan Negeri mentransformasikan 618 Kampung tradisional kepada Kampung Digital iaitu inisiatif pertama seumpamanya di...
AB RAUF PEMIMPIN YANG BERKHIDMAT, IKHLAS BANTU RAKYAT
KUALA LUMPUR 12 September - Selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, tidak menunggu...
TELOK BEREMBANG JADI ‘PENTAS’ NELAYAN DARAT, 30 PERAHU BERHIAS SEMARAK MERDEKA
AYER LIMAU 12 September - Kreativiti nelayan darat dari beberapa kawasan di utara Melaka mencuri perhatian apabila sebanyak 30 perahu...
110 KEDIAMAN UZUR DIGANTI BAHARU SEPANJANG PENTADBIRAN TOK RAUF
KUALA LUMPUR 12 September - Kerajaan Melaka membina baharu dan membaik pulih kediaman penduduk kurang mampu yang uzur serta daif...
TOK RAUF PUAS DAPAT BAWA DUNIA KE MELAKA
KUALA LUMPUR 12 September - Kejayaan penganjuran pelbagai acara bertaraf dunia di Melaka bukan sahaja membantu mempromosikan negeri ini sebagai...
