Banjir kilat mungkin landa enam negeri dalam tempoh 24 jam

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Banjir kilat mungkin melanda Johor, Perak, Pahang, Terengganu, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan, menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Notis PRABN yang dikeluarkan pada 4 petang ini memaklumkan kawasan terlibat di Johor ialah Batu Pahat sekitar Peserai, Simpang Kanan, Sri Medan dan Sungai Punggor, Kluang (Kahang, Machap, Ulu Benut dan Renggam) serta Kota Tinggi (Johor Lama, Sedili Besar, Ulu Sungai dan Johor)

Daerah lain dan kawasan sekitarnya yang turut terlibat ialah Mersing (Padang, Endau dan Triang), Muar (Ayer Baloi, Ayer Hitam, Bandar, Bandar Maharani, Jalan Bakri dan Sri Menanti), Pontian (Api-Api, Ayer Baloi, Ayer Masin, Pontian, Rimba Terjun dan Sungai Pinggan) serta Tangkak (Kesang, Kundang dan Tangkak).

Di Perak, enam daerah dan kawasan sekitar yang dijangka terjejas ialah Bagan Datuk (Pekan Simpang Empat), Hilir Perak (Changkat Jong dan Durian Sebatang), Kerian (Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol, Kuala Kurau dan Parit Buntar), Larut, Matang & Selama (Asam Kumbang, Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aloy dan Jebong), Muallim (Hulu Bernam Timor) serta Perak Tengah (Bota, Pasir Panjang Hulu dan Pasir Salak).

Di Pahang, dua daerah terlibat iaitu Kuantan sekitar Bandar Kuantan, Kuala Kuantan dan Sungai Karang serta Rompin (Endau, Pontian dan Rompin) manakala di Terengganu membabitkan Kuala Terengganu (Batu Buruk, Cenering dan Kuala Terengganu) serta Marang (Alur Limbat, Bukit Payung, Jerung, Mercang dan Pulau Kerengga).

Kawasan dijangka terlibat di Pulau Pinang ialah Seberang Perai Selatan (Mukim 11, Mukim 7 dan Nibong Tebal) manakala di Negeri Sembilan ialah Port Dickson (Pekan Lukut, Pekan Jemima, Pasir Panjang dan Jimah).

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko berwaspada dengan kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh tersebut.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir. Sila layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa,” menurut notis itu.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2283
Kongsi :
Previous post Bekas guru tuisyen mengaku tidak bersalah ubah wang haram
Next post PM Anwar arah jabatan kerajaan bangunkan wahana untuk laksana subsidi bersasar
Ubah saiz-+=