
Banjir: Melaka buka satu pusat pemindahan
AYER KEROH 25 November – Hujan berterusan sejak tengah hari tadi menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dinaiki air.
Antara kawasan paling terjejas ialah di Kampung Pulau Kelapa, Pengkalan Batu yang menyaksikan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) terpaksa dibuka.
Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, PPS itu dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Peringgit bermula jam 5.24 petang tadi.
“Buat masa ini PPS berkenaan masih dalam proses pendaftaran mangsa dan bilangan mangsa terjejas akan dimaklumkan selepas pendaftaran selesai,” kata kenyataan itu.
Sekretariat itu memaklumkan, selain Kampung Pulau Kelapa turut terjejas ialah empat buah rumah di Kampung Tampoi, Krubong dan Taman Jati Batu Berendam membabitkan keseluruhan 23 buah rumah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI BERMULA JULAI INI
AYER KEROH 22 Jun - Jelajah Ketua Menteri menjadi satu lagi inisiatif dalam usaha berterusan Kerajaan Negerimenyantuni dan menjaga kebajikan...
MBMB NAIK TARAF SUNGAI PUNGGUR JADI DESTINASI RIADAH BAHARU
TELOK MAS 22 Jun - Kawasan Sungai Punggur yang terletak berhadapan Medan Ikan Bakar D’ Muara Punggur, Alai akan dinaik...
TAMAN ANJUNG GAPAM KAWASAN PERUMAHAN SELESA, HARMONI – PENDUDUK
BEMBAN 22 Jun - Kawasan kediaman sempurna bukan sekadar dinilai kepada keharmonian penduduk semata-mata, sebaliknya turut menjurus kepada keperluan komuniti...
LEBIH 80 PROGRAM UNTUK ORANG RIM SEMPENA WRUR
RIM 22 Jun - Lebih 80 program melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dilaksanakan sepanjang seminggu berlangsungnya program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
