Banjir: Pembuka tirai tahun baharu

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

ALOR GAJAH 4 Jan – “Kami tak jangka banjir kali ini menjadi pembuka tirai untuk tahun 2022,” itu rintihan Hairul Nizam Mohd Saroji, 42 yang terpaksa mengharungi dugaan besar dalam sejarah bencana banjir di Melaka.

Dia yang lahir di Teratak Bonda Batu 17 Kampung Pengkalan berkata, kali terakhir banjir besar melanda kediamannya pada tahun 2008.

“Duduk sini dari tahun 1988..ini banjir paling teruk awal tahun 2022.. 2021 tiga kali banjir tu semua paras pinggang, ni sampai tenggelam semua dan sempat bawa lari barang berharga saja.

“Rumah mak tak pernah masuk air kali ni habis, tiada apa yang dapat diselamatkan dalam rumah, perabot pun habis rosak semua.

“Ini pembuka tirai 2022…kita tak jangka biasa banjir paras lutut dan peha tak lepas tembok rumah mak, tapi kali ni semua tenggelam,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

PENDUDUK, Hairul Nizam Mohd Saroji, 42 menunjukkan kesan paras air akibat banjir yang melanda di Kampung Pengkalan, Alor Gajah, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Reda dengan dugaan itu, Hairul Nizam berkata, kejadian itu berlaku sekelip mata dan sekitar kediamannya seakan menjadi tasik apabila air bah menenggelamkan hampir separuh kawasan itu.

Katanya, dokumen penting juga turut musnah dalam bencana itu sekali gus menjadikan keluarganya terpaksa kembali kepada kehidupan baharu.

“Tak boleh nak cakap macam mana, barang semua habis nasib je lah kalau boleh baiki, umpamanya kita mulakan kehidupan baharu ‘back to zero’… apa yang ada simpan, tiada cari semula.

“Puncanya kita tak pasti, kalau lawasan Tampin hujan lebat sini mesti banjir… memang tak sangka ini adalah pembuka tirai kami tahun 2022,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1204
Kongsi :
Previous post JPJ iring lori balak elak pemandu lolos
Next post 5 negara terpilih mula tanggungjawab anggota majlis keselamatan PBB
Ubah saiz-+=