
Banjir: ‘Saya halalkan’ – Pengarah Urusan Mydin
SHAH ALAM 21 Dis – Sebuah pasar raya terkemuka, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (Mydin) menghalalkan perbuatan individu yang memecah masuk premisnya di taman itu bagi meneruskan kelangsungan hidup akibat musibah banjir.
Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin berkata dalam kejadian banjir Sabtu lalu, cawangan Mydin Mart Sri Muda turut musnah dan mengakibatkan kerugian melebihi jutaan ringgit.
Berikutan kejadian itu, katanya beliau tersentuh dan bersimpati dengan musibah itu ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
“Saya ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk premis berkenaan yang hangat dibincangkan di media sosial, sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut.
“Namun, dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan niat sebaliknya,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan premis berkenaan dipecah masuk untuk mendapatkan bekalan makanan selepas terkandas dalam banjir selama dua hari di taman berkenaan.
Satu klip video berdurasi 11 saat turut tulur memaparkan kejadian tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HUBUNGAN KEKELUARGAAN BN KOTA MELAKA TERUS KUKUH
TELOK MAS 27 Oktober - Kehadiran pimpinan utama MCA dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain pada pelancaran jentera pilihan...
REKOD KHIDMAT LIMA TAHUN JADI ‘SANDARAN’ TOK AJAK
TELOK MAS 27 Oktober - Rekod perkhidmatan selama lima tahun menjadi sandaran buat Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman untuk...
ISU MCA: โJANGAN BIMBANG, KITA CARI JALAN PENYELESAIANโ โ ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober โ Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut membabitkan MCA susulan ketidakpuasan hati parti...
PROGRAM KEMASYARAKATAN MAHASISWA BUKAN HANYA KETIKA PILIHAN RAYA โ ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober โ Program kemasyarakatan melibatkan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya,...
ISTERI KETUA MENTERI TURUN PADANG RAIKAN PEJUANG KANSER, PENGHIDAP MASALAH BUAH PINGGANG DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengiringi isteri...
FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA HIMPUN ENAM NEGARA DI MELAKA, SASAR 30,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 26 Oktober - Melaka bakal menjadi tumpuan delegasi antarabangsa menerusi penganjuran Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya...
