Longkang tidak dibersihkan, Tuminah pantau masalah penduduk

Masa Membaca:56 Saat

PANTAI KUNDOR 21 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi turun padang bagi meninjau permasalahan dihadapi penduduk akibat saluran longkang yang tidak dibersihkan oleh kontraktor lantikan di kawasan tersebut.

Beliau berkata tindakan itu dilakukan sejurus menerima aduan daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Salizah Dolmat berikutan masalah terbabit.

“Menerima aduan daripada Pengerusi JPKK berkenaan saluran longkang yang tidak dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik…kak Ina turun padang bagi meninjau keadaan sebenar longkang tersebut.

“Pengaliran air tidak lancar dan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk serta banjir kilat dikawasan berkenaan.

“Kak Ina akan berhubung dengan agensi yang terlibat supaya tindakan segera boleh diambil bagi mengatasi masalah ini demi keselesaan penduduk,” katanya menerusi datu hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Sejurus itu Tuminah sempat meninjau kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di sekitar Pantai Puteri akibat kejadian air pasang besar baru-baru ini.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana memberikan kerjasama yang baik pada setiap aduan yang diberikan.

“Tindakan pantas MBMB amat dihargai demi keselamatan pengunjung yang beriadah di Pantai Puteri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1200
Kongsi :
Previous post Ibu tunggal didenda RM10,000 buat hantaran jelik, fitnah Agong dan bekas PM
Next post Banjir: ‘Saya halalkan’ – Pengarah Urusan Mydin
Ubah saiz-+=