Bantah jualan arak secara terbuka di kedai serbaneka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

MERLIMAU 15 Mei – Rata-rata komuniti penduduk di sekitar Bandar Merlimau Utara, mahu kedai-kedai serbaneka di situ berhenti menjual minuman keras secara terbuka.

Ketua Biro Dakwah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Melaka Syed Mohd Aizuddin Tuan Sembak, berkata kedai-kedai serbaneka di kawasan terbabit, telah menjual minuman keras secara terbuka, sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, Ketiga-tiga premis itu dikunjungi penduduk setempat dengan majoritinya beragama Islam, selain menjadi tumpuan pelajar dari Politeknik Merlimau.

“Kita minta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak berkuasa agama, mengambil tindakan terhadap pengusaha kedai serbanika ini yang menjual minuman keras.

“Meskipun bantahan sudah dilakukan sebelum ini, namun pengusaha kedai masih menjual minuman keras, malahan diletakkan bersebelahan dengan minuman halal lain yang dijual di premis terbabit.

“Susulan itu, Jawatankuasa Masjid As-Syuja’ah Merlimau Utara bersama sebuah lagi badan bukan kerajaan (NGO) ISWA Melaka, turun padang bagi menyerahkan surat bantahan kepada pihak pengurusan di tiga premis di kawasan berkenaan,” Katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berharap surat bantahan terbabit dipandang perhatian serius oleh pihak pengurusan premis berkenaan secepat mungkin.

“Jika pengusaha masih terus berdegil, ISMA akan membawa perkara ini kepada Jabatan Agama Islam Melaka serta Majlis Perbandaran Jasin untuk tindakan selanjutnya.

“Hal ini berdasarkan Seksyen 50 Kurungan 2, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, individu yang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.

“Malah satu kesalahan dan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1509
Kongsi :
Previous post UMNO akan terus perkasa agenda Melayu, Bumiputera – Ahmad Zahid
Next post 2,586 perwakilan lulus pindaan Perlembagaan UMNO, pemilihan parti diadakan selepas PRU
Ubah saiz-+=