UMNO akan terus perkasa agenda Melayu, Bumiputera – Ahmad Zahid

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KUALA LUMPUR 15 Mei – Agenda Melayu dan Bumiputera di negara ini akan terus diperkasakan UMNO, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, agenda itu akan diperjuangkan menjelang usia 100 tahun UMNO, 24 tahun lagi.

Antara langkah yang akan dijalankan, katanya, termasuklah memperkukuh agensi-agensi amanah Bumiputera seperti PNB, Tabung Haji, Felda dan MARA.

“Institusi pegangan ekuiti Bumiputera wajib menjadi agenda utama kerajaan tanpa tunduk dengan tekanan untuk agenda berkenaan dikesampingkan.

“Seperti yang telah diutarakan dalam Debat Perdana antara dua tokoh politik empat hari yang lalu, Syarikat yang pegangan ekuitinya disertai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Sapura Energy di mana terdapat lebih 10 juta pegangan saham amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) turut mempunyai kepentingan mesti bantu.

“Sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh PNB. Syarikat itu menggaji lebih sepuluh ribu tenaga kerja dan lebih tiga ribu vendor terlibat. Tanpa menggunakan dana langsung kerajaan, PETRONAS sesuai untuk mengambil alih dan melakukann ‘turn-around’ sesegera mungkin.

“Namun, kita bersetuju supaya pengauditan forensik wajib turut dilakukan agar ianya lebih telus,” katanya dalam ucapan amanat sebentar tadi.

Menurut Ahmad Zahid, dalam tempoh dua dekad mendatang juga, UMNO akan dipersiapkan untuk berhadapan dengan rencam politik dan mewariskannya bagi diteruskan perjuangannya oleh generasi pelapis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1049
Kongsi :
Previous post ‘Pindaan bukan untuk selamatkan Zahid Hamidi’
Next post Bantah jualan arak secara terbuka di kedai serbaneka
Ubah saiz-+=