
Bantuan pengurusan jenazah untuk waris kategori B40 – KM
SERI NEGERI 11 Mac – Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM200,000 bagi bantuan pengurusan jenazah kepada waris dalam kategori B40.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata setiap pewaris akan menerima bantuan sejumlah RM200 di bawah initiatif Musa’adah Al-Akhirah.
“Bantuan pengurusan jenazah kepada waris ini adalah dalam kategori rakyat termiskin, setiap waris akan diberikan RM200, manakala terdapat juga bantuan khairat kematian sebanyak RM300 kepada asnaf, fakir miskin dan mualaf.
“Setakat ini seramai 31 asnaf telahpun meninggal dunia dan sebanyak RM9,300 peruntukan telah diagihkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Dan Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) versi 2 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, barisan EXCO kerajaan negeri dan lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
