Bayi perempuan ditemukan dalam kotak di perhentian bas

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SEREMBAN 14 Jun – Seorang bayi perempuan dipercayai berusia dua hari, ditemukan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 11.58 pagi berhubung penemuan bayi itu.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim

“Bayi perempuan tersebut dalam keadaan sihat dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Said berkata polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan untuk tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7778789.

BAYI perempuan ditemui di dalam kotak di perhentian bas berhadapan di Felda Sri Sendayan,. – Foto tular.

Hari ini tular gambar dan video berdurasi 26 saat di laman sosial berkenaan penemuan bayi yang dipercayai diletakkan di dalam kotak di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah di Felda Sri Sendayan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

608
Kongsi :
Previous post Prof Dr Mohd Sazili dilantik TNC HEP UiTM baharu
Next post Jabatan Perikanan tahan empat nelayan
Ubah saiz-+=