Belanjawan 2021: OKU tidak terkecuali terima manfaat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 6 Nov. – Bagi menambahbaik golongan rentan, kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Belanjawan 2021 meliputi pelbagai aspek.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Wira Latipah Omar berkata, bantuan itu wajar dilaksanakan memandangkan OKU memerlukan perbelanjaan lebih tinggi.

“Dalam norma baharu sekarang ini wajar elaun ini diberikan kerana OKU memerlukan perbelanjaan lebih tinggi.

“Kalau OKU pendengaran ataupun bisu mereka boleh gunakan kesempatan buat perniagaan dan sebagainya, ini OKU yang sukar bergerak, mereka memerlukan bantuan selain diberi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021 di Seri Negeri, hari ini.

Hadir menyaksikan pembentangan Belanjawan 2021 Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.

Katanya, antara kenaikan itu adalah bantuan kebajikan bulanan daripada RM250 kepada RM300 (OKU tidak berupaya kerja).

“Elaun pekerja OKU daripada RM400 kepada RM450, kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500.

“Kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga kepada RM150 seorang anak berumur tujuh hingga 18 tahun.

“Atau RM200 bagi seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga,” katanya.

Views:

769
Kongsi :
Previous post RM150 juta bantu Melaka atasi masalah air
Next post Bukan Isnin biasa, terima dengan hati terbuka
Ubah saiz-+=