Belasungkawa: Hilangnya sebutir permata Negeri Melaka

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 19 April – Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari yang meninggal dunia di Hospital Melaka, pagi tadi, merupakan antara figura penting dalam memacu pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Pemergian Allahyarham disifatkan sebagai suatu kehilangan besar untuk Negeri Melaka, khususnya bagi para penjawat awam negeri.

Allahyarham Datuk Wira Zaidi, 54, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang ke-29 pada tanggal 5 Januari 2022 iaitu ketika berusia 52 tahun.

Allahyarham yang merupakan anak jati Melaka telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Wira Siti Rohaya Kamalludin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Allahyarham telah memulakan kerjayanya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada tahun 1996 dan seterusnya berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan di pelbagai bahagian dan unit di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di antara Tahun 1998 hingga 2016.

Pada 2017, Allahyarham mula berkhidmat di negeri kelahirannya iaitu sebagai Pengarah Tanah dan Galian di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka.

Allahyarham seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka pada tahun 2020 dan menjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

777
Kongsi :
Previous post ‘Kehilangan besar buat Melaka’ – KM
Next post Jenazah Allahyarham Zaidi selamat disembahyangkan di Masjid Al Azim
Ubah saiz-+=