
‘Kehilangan besar buat Melaka’ – KM
AYER KEROH 19 April – Pemergian Allahyarham Datuk Wira Zaidi Johari, pagi ini, disifatkan sebagai suatu kehilangan besar untuk Negeri Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, beliau secara peribadi cukup terkesan dan amat berdukacita dengan pemergian Allahyarham akibat serangan jantung.
Jelas beliau, Allahyarham yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ke-29 telah banyak menabur jasa dan sumbangan sejak berkhidmat bermula 5 Januari 2022 hingga kini.
“Pemergian Allahyarham Datuk Wira Zaidi dalam waktu yang singkat merupakan suatu kehilangan besar kepada seluruh warga Perkhidmatan Awam khususnya di Negeri Melaka.
“Jasa dan sumbangan Allahyarham Datuk Wira Zaidi cukup besar kepada Kerajaan Negeri Melaka sepanjang berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bermula pada 5 Januari 2022 hingga kini.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau.
Allahyarham Datuk Wira Zaidi dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di rumahnya akibat serangan jantung.
Difahamkan, Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al Azim untuk solat jenazah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebong selepas solat Jumaat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
11.2 JUTA PELANCONG KE MELAKA SETAKAT OGOS, JANA EKONOMI RM11.32 BILION
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka merekodkan kehadiran lebih 11.2 juta pelancong sehingga Ogos 2026, dengan anggaran sumbangan sebanyak RM11.32...

