Berbuka gaya berkelah di Dataran MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

AYER KEROH 7 April – “Alhamdulillah di sinilah kami lakarkan kembali hubungan persahabatan yang sudah lama terjalin. Kami bersyukur kerana dapat berhimpun bersama-sama setelah bertahun-tahun tidak berjumpa,” kata Siti Zulaikha jamaldin,21.

Keindahan landskap menyebabkan Siti Zulaikha bersama dua sahabatnya memilih Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebagai lokasi pertemuan melaksanakan aktiviti ‘berkelah’ sambil berbuka puasa.

Katanya, mereka yang akrab sejak zaman sekolah rendah terpisah selepas masing-masing sibuk melanjutkan pengajian.

“Kali ini sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri kami dapat berhimpun bersama, melepaskan kerinduan dan mengukuhkan persahabatan yang telah lama dijalin.

“Dataran ini memang pilihan kami sebab keindahan landskap dan banyak kawasan ‘instaworthy’ boleh dijadikan sebagai tempat merakamkan gambar kenangan bersama.

“Cuma sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) sebagai anak Melaka kita harap lebih banyak program program menarik dilaksanakan di sini sebab rugi kalau pelancong tak datang ke sini,” katanya.

Terdahulu, lebih 2,000 pengunjung membanjiri dataran tersebut hari ini dan diraikan dengan juadah berbuka percuma dalam Majlis Iftar Santai Bersama Keluarga @Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, semalam.

Majlis berbuka puasa secara santai itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.

Dia turut mencadangkan agar lebih banyak gerai jualan disediakan, selain ‘photobooth’ bagi menarik kunjungan lebih ramai pelancong ke lokasi itu.

Photo1712408425
SHAFIE berbuka puasa bersama ahli keluarga. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, seorang lagi pengunjung Shafie Yajid, 39, berkata, berbaki beberapa hari sebelum lebaran, dataran itu menjadi pilihan dia bersama keluarga untuk berbuka puasa bersama-sama.

“Kami lima beranak setuju untuk datang ke dataran ini kerana pemandangannya cantik ditambah pula dengan parkir yang mencukupi berbanding lokasi.

“Saya cadangkan pelbagaikan lagi promosi dan program menarik yang mampu meningkatkan jalinan persaudaraan antara rakyat di Melaka ini supaya kita mampu hidup lebih bersatu padu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

63
Kongsi :
Previous post Elak makan kupang dari perairan Melaka – KM
Next post Beratur panjang beli ayam, daging murah
Ubah saiz-+=