Boleh terbang atas air!

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 17 Feb – Kawasan Pelancongan di Ayer Keroh akan terus berwajah baharu apabila tarikan sukan air bakal diperkenalkan bermula bulan depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman berkata, antara sukan air yang bakal diperkenalkan ialah ‘Fly Board’ yang mana orang ramai boleh merasai pengalaman terbang di atas Tasik Ayer Keroh.

Selain itu, katanya, beberapa lagi tarikan baharu akan turut diperkenalkan seperti ‘flying fox’, jetski, berkayak dan mengembalikan semula aktiviti ‘paddle boat’ di tasik berkenaan.

“Tasik Ayer Keroh memang menjadi lokasi sukan air sebelum ini, namun kebanyakannya sudah terhenti lama akibat beberapa faktor, jadi kita nak merancakkan semula aktiviti sukan air di situ.

“Semua ini, merupakan sebahagian daripada Rancangan Kawasan Khas (RKK) Ayer Keroh yang telah kita bangunkan bertujuan untuk menghidupkan kawasan pelancongan di kawasan ini.

“Jika sebelum ini orang anggap tak banyak tarikan di Ayer Keroh dan memilih untuk ke bandar, tetapi dengan pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan, saya percaya kita mampu menarik ramai pelancong tertumpu di sini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Selain tarikan sukan air, Shadan berkata, pelancong juga boleh merasai pengalaman menginap di chalet dalam hutan bertemankan alam semula jadi di Forest Stay Taman Botani.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1485
Kongsi :
Previous post ‘Jangan perkecilkan pesara kerajaan’ – Kupekmas
Next post Lelaki tetak ibu tiri hingga putus leher direman tujuh hari
Ubah saiz-+=