BSN terus komited bantu pelanggan terjejas

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR 17 Jun – Bank Simpanan Nasional (BSN) terus komited untuk menyalurkan bantuan kepada pelanggannya menerusi Bantuan Bayaran Balik Bersasar dalam mengharungi pandemik COVID-19.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata bank itu berhasrat membantu pelanggan yang menghadapi kesulitan untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan pinjaman atau pembiayaan.

Sehubungan itu, beliau meminta pelanggan yang memerlukan bantuan segera untuk memohon pilihan yang bersesuaian.

“Proses permohonan adalah mudah dan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang mana hanya pengisytiharan diri secara dalam talian diperlukan tanpa sebarang dokumen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, bantuan itu ditawarkan kepada pelanggan yang hilang pekerjaan, mengalami pengurangan pendapatan dan segmen B40 yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Bantuan itu turut ditawarkan kepada perusahaan mikro dengan nilai kemudahan diluluskan sehingga RM150,000 dan perusahaan mikro serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelanggan boleh memilih bantuan tiga bulan penangguhan ansuran bulanan (moratorium), 50 peratus pengurangan ansuran bulanan untuk tempoh enam bulan atau penstrukturan semula (bagi pinjaman/pembiayaan sewa beli dan pinjaman/pembiayaan berkadar tetap),” menurut kenyataan itu.

Pelanggan yang ingin mendapatkan bantuan bayaran balik pembiayaan boleh membuat permohonan melalui https://www.bsn.com.my/page/TRA.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

546
Kongsi :
Previous post Pendapatan ahli silap mata ‘lenyap’ angkara magis PKP
Next post 27 daripada 5,574 calon STAM 2020 peroleh gred 10 mumtaz
Ubah saiz-+=