Bukan kompaun, sebaliknya notis peringatan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 28 Mei – Polis Melaka mengeluarkan notis peringatan kepada pengurusan Masjid Al – Alami berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan membenarkan jemaah melebihi had dibenarkan pada solat Jumaat hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat ketika dihubungi mengesahkan menerima notis yang diserahkan kepada pengurusan masjid berkenaan atas kesalahan jumlah jemaah lebih 25 orang daripada had dibenarkan 100 orang.

Katanya, notis berkenaan adalah amaran keras kepada pengurusan masjid terbabit supaya mematuhi SOP ditetapkan JAIM.

Pengarah JAIM Datuk Che Sukri Che Mat

“Kes yang berlaku di Masjid Al Alami adalah disebabkan oleh kegagalan pengawal keselamatan yang masih membenarkan jemaah masuk ke dewan untuk solat Jumaat walaupun arahan menetapkan jumlah jemaah telah dikeluarkan.

“Justeru, tindakan PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengeluarkan notis peringatan itu amat wajar dan semoga kegagalan pematuhan SOP tidak berulang kepada masjid yang sama atau masjid atau surau yang lain,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Afzanizar Ahmad ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya mengeluarkan notis peringatan terbabit.

JAIM sebelum ini membenarkan jemaah solat Jumaat di masjid seramai 100 orang termasuk pegawai dan jawatankuasa masjid manakala bagi jemaah di surau seramai 50 orang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2320
Kongsi :
Previous post KM rayu rakyat Melaka tepati janji temu vaksin
Next post Masjid, surau di Melaka perdengarkan bacaan Yasin mohon perlindungan rakyat
Ubah saiz-+=