Bunga Rustic tawar pelamin bajet, tapi sempurna

Masa Membaca:1 Minit, 38 Saat

AYER KEROH 29 Mei – Soal kewangan sebelum dan selepas berumah tangga perlu diuruskan dengan bijak oleh setiap bakal mempelai, ini termasuk urusan majlis perkahwinan supaya sempurna meskipun menggunakan perbelanjaan yang murah.

Mengambil tema perkahwinan terkini, Bunga Rustic Enterprise beroperasi di Krubong Jaya, mampu memenuhi kehendak pelanggannya dengan menawarkan penganjuran majlis yang meriah namun pada harga bajet.

Photo1716954706
PERKHIDMATAN gubahan bunga turut ditawarkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Pengasasnya, Norhadilah Hadzir berkata, dengan pakej serendah RM500 bakal pengantin boleh mendapatkan perhidmatan pelamin yang dihiasi dengan ratusan bunga mekar persis singgahsana ribuan ringgit.

Sejak memulakan operasi pada 2017 Bunga Rustic sudah menambat hati ramai bakal mempelai yang bukan sahaja dari Melaka sebaliknya serata tanah air.

Katanya, selain pakej perkahwinan, Bunga Rustic turut menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan bagi acara rasmi, program korporat, sambutan hari jadi, pertunangan, berendoi dan pelbagai lagi.

Photo1716954685 (2)
PELAMIN bajet dihias agar kelihatan mewah. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Selaku penghias acara kami sedia membekalkan perkhidmatan untuk semua jenis majlis keraian terutama perkahwinan untuk menambah seri pengantin di pelamin yang disediakan.

“Malah kami berkemampuan melakukan hiasan berdasarkan kepada jenis tema yang dimahukan pelanggan di mana-mana lokasi,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Selain menawarkan perkhidmatan juruhias acara, Norhadilah berkata, syarikatnya itu turut menyediakan perkhidmatan tempahan pastri dan pencuci mulut buat pelanggan.

Photo1716881616
NORHADILAH.

“Kami turut menerima banyak tempahan pelanggan terutama tempahan pavlova untuk pelbagai majlis sambutan pelanggan. Pelbagai bentuk pavlova boleh disiapkan dengan perisa buah-buahan dan diolah dalam bentuk bulat atau dalam bekas simpanan,” katanya.

Bagi bakal pengantin boleh melayari platform media sosial ‘Bunga Rustic’ untuk melihat koleksi pelamin dan latar pentas (‘backdrop’), sementara itu kepada mereka yang selesa menggunakan Facebook boleh melayari ‘Bunga Rustic Dais Diaries’.

Photo1716954685 (1)
HIASAN mengikut tema dimahukan pelanggan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

266
Kongsi :
Previous post MTHQK: Melaka bawa pulang tiga kemenangan
Next post 10 ahli gabungan kumpulan jenayah terancang diburu
Ubah saiz-+=