Cadang anjur Festival Art and Craft sempena Tahun Melawat Melaka 2024 – MTA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 30 Januari – Penganjuran Festival Art and Craft sempena Tahun Melawat Melaka 2024 dijangka membawa kelainan kepada pengunjung sekali gus menarik kedatangan pelancong luar Melaka.

Presiden Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Madelina Kuah berkata itu merupakan salah satu cadangan MTA bagi memastikan Melaka satu-satunya negeri menganjurkan festival berkenaan dengan konsep yang berbeza.

“Buat masa ini kita sedang menunggu kalendar pelancongan negeri daripada Kerajaan Negeri, kita cadangkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membuat ‘think tank’ dengan semua Pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Kita cadang anjurkan Festival Art and Craft yang lebih luar biasa untuk menarik kehadiran pelancong luar, dan festival ini juga mempunya elemen warisan dan tradisional yang perlu diketengahkan.

“Fokus kita untuk perkenalkan kawasan tapak warisan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di negeri ini dan bukan hanya kawasan tumpuan utama pelancong,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Madelina berkata penganjuran festival itu bukan hanya menarik kedatangan pelancong luar ke Melaka, malah menghidupkan kembali peninggalan sejarah serta warisan yang ada di negeri ini.

“Jika disebut tentang kraftangan ini, banyak yang sudah dilupakan begitu sahaja, contohnya cara membuat tukul besi, cara membuat kasut manik, cara menghasilkan lampu ‘lantern’ Cina dan banyak lagi.

“Ini satu aktivit yang sangat unik, mungkin pelancong tidak dapat mencari di negeri lain tetapi boleh kenalinya di Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1542
Kongsi :
Previous post Melaka antara negeri ‘dingin’
Next post Dua beradik maut, motosikal terbabas
Ubah saiz-+=