
Calon SPM perlu jaga kesihatan dan berusaha sehabis baik- Sulaiman
AYER KEROH 21 Feb – Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di negeri ini yang akan menduduki peperiksaan itu esok, dinasihati sentiasa menjaga kesihatan diri dan berusaha sehabis baik.
Nasihat itu dititipkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini.
Membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’, Sulaiman menyeru rakyat negeri ini sama-sama berdoa dan memberikan sokongan kepada calon SPM agar dapat menjawab soalan dengan tenang selain dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan itu berlangsung.
“Kepada semua anak-anak calon peperiksaan SPM juga kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bakal menduduki peperiksaan utama, pak cik hendak nasihatkan, jagalah kesihatan sepanjang musim peperiksaan ini.
“Teruskan berusaha sehingga ke titisan perjuangan yang terakhir serta jangan sesekali lupa untuk berdoa kepada Yang Maha Esa. Insya-Allah. Selamat Menduduki Peperiksaan SPM!,” katanya.
Sulaiman berkata, beliau bersama kepimpinan kerajaan negeri turut mendoakan kejayaan cemerlang pelajar SPM yang bakal menjadi pelapis kepimpinan pada masa akan datang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: ‘TOK JEZ’ MAHU RTC SUNGAI RAMBAI KEMBALI BERNYAWA
TANJUNG BIDARA 3 November - Menghidupkan semula bangunan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai yang dilihat tidak dimanfaatkan sepenuhnya...
BINA KEPAKARAN PENSYARAH, RINTIS JABATAN KUANTUM UiTM – TPM
LENDU 3 November – Pensyarah berlatar belakang teknologi maklumat (IT) dan digital di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dicadang mengikuti pengajian...
MELAKA SASAR PENGIKTIRAFAN UNESCO GLOBAL GEOPARK 2035
BANDA HILIR 3 November - Melaka menyasarkan pengiktirafan UNESCO Global Geopark menjelang 2035 sebagai usaha mengangkat khazanah geologi, biodiversiti dan...
AHMAD ZAHID MAHU GRADUAN TVET MELAKA NIKMATI GAJI PREMIUM
RIM 3 November - Anak Melaka yang mengikuti bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dipersiapkan dengan kemahiran...
PRN MELAKA: KALSOM MAHU PENGALAMAN LAMA, TENAGA BAHARU DISATUKAN
PENGKALAN BATU 3 November - Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Kalsom Noordin menyeru seluruh jentera Barisan Nasional (BN) supaya terus...
NAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL ANTARA HARAPAN BELIA MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 3 November – Kemudahan gelanggang futsal yang lebih baik serta penganjuran aktiviti sukan secara berterusan antara harapan golongan...

