Calon SPM sedia hadapi peperiksaan ‘norma baharu’

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 20 Feb. – Perubahan kaedah pembelajaran ketika pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini.

Bagi seorang calon SPM, Muhammad Nasrullah Hakim, 18, berkata, dia sudah membuat persiapan lebih 60 peratus bagi menghadapi peperiksaan itu yang akan bermula pada Isnin depan.

“Setakat ni kalau belajar sendiri waktu malam, saya luangkan masa dalam tempoh masa tiga hingga empat jam.

“Cikgu saya sendiri ada bagi tips untuk ulang kaji awal-awal subjek yang lambat lagi dalam peperiksaan seperti subjek Sejarah.

MUHAMMAD Nasrullah

“Saya sasarkan lima ‘A’ dalam exam ni daripada sembilan subjek diambil, antara subjek difokuskan seperti Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Bagi G. Kavinesh, 18, pula berkata, dia telah melakukan persiapan secara ringkas, namun dia mengambil pendekatan melakukan rutin harian dengan melakukan aktiviti senaman joging pada setiap pagi untuk menyegarkan minda.

“Jika ikutkan persediaan peperiksaan SPM, saya sudah bersedia lebih 50 peratus.

“Persediaan agak ringkas, setiap hari saya akan bangun pada jam 7 pagi, kemudian saya akan lakukan rutin joging, kemudian mandi dan sarapan sebelum belajar,” katanya.

Kavinesh turut berharap akan mendapat keputusan cemerlang dengan menyasarkan ‘straight’ A pada setiap sembilan mata pelajaran yang diambilnya.

“Saya ambil masa dua jam lebih untuk belajar, saya lebih fokus kepada subjek yang perlu menghafal dan teknikal seperti Sejarah, Fizik dan Kimia.

“Saya sasar semua dapat ‘straight’ A, cumanya belajar dalam tempoh pandemik COVID-19 ini sedikit mencabar kerana tidak dapat bersemuka,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

423
Kongsi :
Previous post Dos vaksin COVID-19 tidak akan dibazirkan
Next post Sindiket pelacuran guna aplikasi ‘Wechat’ tumpas
Ubah saiz-+=