Carum Perkeso: Keluarga penghantar makanan maut kemalangan terima faedah sepanjang hayat

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

AYER LIMAU 20 September – Keluarga penghantar makanan, Allahyarham Muhammad Alif Bakar, 29, maut dalam kemalangan jalan raya menerima tiga faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, keluarga Muhammad Alif menerima dua faedah sepanjang hayat berjumlah RM1,426.54 setiap bulan hasil caruman bersama Perkeso.

Katanya Muhammad Alif adalah pencarum dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) bermula 1 April 2011 hingga Julai 2022.

Jelasnya, ketika bekerja sebagai penghantar makanan Muhammad Alif mendapat perlindungan dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta789) bermula 25 Ogos 2022.

“Walaupun baharu seminggu mencarum dibawah Akta 789 manfaat itu akan terus diberikan kepada waris iaitu ibu dan bapa Muhammad Alif yang layak menerima faedah dua faedah itu sepanjang hayat.

“Perkeso akan memberikan Faedah Penakat mengikut Akta 4 dan Faedah Orang Tanggungan bagi Akta 789 disamping turut menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 dibayar secara ‘one-off’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan penyerahan cek di kediaman keluarga Allahyarham Muhammad Alif di Felcra Ramuan China, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mhyteen Kunju Basheer dan Pengarah Perkeso Negeri Melaka, Abdul Razak Omar.

Dalam kunjungan itu, bapa Allahyarham, Bakar Kata, 67 dan ibunya, Fauziah Ahmad, 63, menerima tiga replika cek masing-masing berjumlah RM868.54 bagi Faedah Pencen Penakat, RM558 bagi cek Faedah Orang Tanggungan dan RM2,000 bagi Faedah Pengurusan Jenazah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2686
Kongsi :
Previous post Segerakan rumah baharu untuk mangsa kebakaran
Next post PerantiSiswa: K-KOMM sasar 80 peratus pengagihan menjelang akhir November
Ubah saiz-+=