
Cemas bayi terperangkap dalam kereta
KUALA LINGGI 1 Julai – Pasangan suami isteri berdepan detik cemas apabila bayi perempuan mereka terperangkap di dalam kereta dalam kejadian berhampiran tandas awam Pengkalan Balak, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira- kira jam 7.30 malam.
Beliau berkata, pihaknya difahamkan bayi berkenaan berusia lingkungan setahun dan ketika kejadian dia terperangkap di dalam kereta ketika enjin hidup.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian dan menjalankan kerja menyelamat.
“Bayi itu berjaya dikeluarkan dan kemudiannya diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya.
Beliau berkata, nasihat dan amaran turut diberikan kepada ibu bapa bayi terbabit agar kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
TANGIS SYUKUR NEK RAMLAH TERIMA RUMAH BAHARU RM70,000
PAYA RUMPUT 28 Julai - Tangisan syukur Ramlah Sulaiman, 68 memecah keheningan di Kampung Bukit Datuk B, di sini, tatkala...
MELAKA RIVER CRUISE, ZOO MELAKA BERGABUNG TAWAR PAKEJ SILANG MENARIK
BANDA HILIR 28 Julai - Melaka River Cruise terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara produk pelancongan ikonik negeri apabila menjalinkan kerjasama...
HEBAT PAYA RUMPUT BAWA SINAR BUAT BAYI ENAM BULAN HIDAP KANSER DARAH
PAYA RUMPUT 28 Julai - Program Hari Exco Bertemu Rakyat Negeri Melaka (HEBAT) sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
MAULIDUR RASUL: MAIM SASAR HIMPUN 6,000 PESERTA
KOTA LAKSAMANA 27 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasarkan penglibatan kira-kira 6,000 peserta bagi memeriahkan Perhimpunan dan Perarakan...
HEBAT DENGAR SUARA RAKYAT PAYA RUMPUT, PERMUDAH PENYELESAIAN ADUAN
PAYA RUMPUT 27 Julai - Isu banjir dan longkang tersumbat menjadi antara aduan paling banyak diterima pada Program Hari Exco...
PENANTIAN LEBIH SEDEKAD BERAKHIR, DEWAN TAMAN KRUBONG PERDANA BAKAL DIBINA
PAYA RUMPUT 27 Julai - Penantian lebih sedekad penduduk di Taman Krubong Perdana untuk memiliki sebuah dewan terbuka bakal berakhir...
