Pengurusan taman tema air utamakan SOP

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 1 Julai – Pengurusan taman tema air di negeri ini menyambut baik kebenaran pengoperasian semula sektor itu selepas lebih tiga bulan terpaksa menghentikan operasi ekoran wabak Covid-19.

Bagaimanapun, dalam memastikan kesemua Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi serta kebersihan taman tema berada dalam keadaan baik sebelum dibuka kepada pengunjung, pengurusan taman tema air di negeri ini tidak tergesa- gesa berbuat demikian, sebaliknya menunggu masa yang sesuai.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Taman Tema Melaka Wonderland Seow Cheng Swee berkata, walaupun bersedia untuk kembali beroperasi, namun ketetapan dan pematuhan SOP menjadi keutamaan dan pihaknya mengambil keputusan untuk membuka taman tema air itu kepada pengunjung pada 17 Julai.

“Selain memastikan pengunjung yang datang sihat, kami juga menitik beratkan soal kesihatan pekerja dengan memastikan mereka tidak bergejala selain sentiasa memakai pelitup muka.

“Malah kita juga hanya membenarkan kira-kira 800 pengunjung dalam satu masa ini bagi memastikan penjarakan sosial dipatuhi dan tidak terlalu ramai,” katanya.

Menurut beliau, dalam menarik perhatian pengunjung pihaknya juga mengadakan promosi pembelian tiket beli satu percuma satu bermula 26 Jun sehingga 15 Julai depan.

Terdahulu, tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) ke dua taman tema air di negeri ini termasuk Bayou Lagoon yang sering kali menjadi tumpuan pengunjung, mendapati kerja- kerja pembersihan serta pemasangan tanda SOP giat dilakukan dan belum dibuka.

Walaupun sudah dihujani panggilan telefon daripada pengunjung untuk kembali melakukan aktiviti air.

Views:

410
Kongsi :
Previous post Sesi persekolahan dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai
Next post Cemas bayi terperangkap dalam kereta
Ubah saiz-+=