Cipta 3 rangkap pantun boleh menang RM200

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 3 Ogos – Penduduk negeri ini berpeluang memenangi RM200 dengan menyertai Pertandingan Mencipta Pantun anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Melaka.

Pertandingan dianjurkan sempena ulang tahun MKN ke 50 itu terbuka hanya bagi mereka yang menetap di Melaka sahaja.

Menurut MKN negeri, syarat pertandingan buat peserta perlu terlebih terdahulu ‘Like’ dan ‘Follow’ laman Facebook agensi terbabit dan seorang peserta hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.

“Peserta perlu mereka tiga rangkap pantun bertemakan mengenai MKN dan pertandingan dibuka kepada dua kategori iaitu Pilihan Juri Profesional dan Pilihan Awam.

“Pantun yang dihantar akan dipilih terlebih dahulu sebelum disiarkan di laman kami
dan undian paling popular akan dipilih oleh pilihan awam berdasarkan ‘like’ tertinggi.

“Lima pemenang utama akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan isi, kreativiti dan mempunyai elemen mengenai keselamatan negara bakal menerima wang tunai berjumlah RM200 termasuk hadiah iringan (Kategori Pilihan Juri Profesional) manakala Undian Paling Popular (Kategori Pilihan Awam) akan menerima wang tunai RM100 berserta hadiah iringan,” katanya.

Dalam pada itu MKN Melaka menjelaskan peserta perlu memberikan nama penuh dan nombor telefon dan menghantar penyertaan secara mesej terus di laman ‘Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka’.

“Keputusan pertandingan adalah muktamad dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Ogos 2021 tepat jam 11.59 malam,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1548
Kongsi :
Previous post Shamsul Anuar letak jawatan menteri
Next post UTC Melaka tutup 7 hari untuk disanitasi
Ubah saiz-+=