Cipta bahan pembelajaran guna barang buangan

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

DUYONG 17 Februari – Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Durian Daun, di sini, menjadi sekolah pertama di Melaka melaksanakan program Pameran Pembelajaran Berasaskan Projek sebagai menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program yang diadakan pada 16 Februari itu, antara lain mengetengahkan kreativiti murid-murid sekolah berkenaan dalam menghasilkan bahan pembelajaran menggunakan barangan terpakai.

Guru Besar SK Perempuan Durian Daun Suhaili Abd. Rasap berkata, program berkenaan disertai seramai 211 murid sekolah berkenaan terdiri daripada pra sekolah hingga Darjah 6.

Katanya, objektif utama program berkenaan adalah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran artikulasi tinggi, sekali gus meningkatkan keupayaan mereka berdaya saing selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0).

“Menerusi program ini, murid-murid diberi peluang untuk membentangkan projek yang dihasilkan mengikut mata pelajaran yang diambil di sekolah.

“Menerusi projek yang dihasilkan ia berupaya mengasah bakat murid melalui pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti pembudayaan amalan inovasi.

“Ia juga secara tidak langsung meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa selaras dengan aspirasi murid iaitu kemahiran dwibahasa,” katanya.

Terdahulu, pameran berkenaan telah dirasmikan Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Ghazali Ahmad.

WhatsApp Image 2023-02-16 at 21.07.10
ANTARA bahan pembelajaran yang dihasilkan menggunakan barang buangan.

Pada pameran berkenaan, pelbagai produk atau bahan pembelajaran telah dihasilkan murid-murid menggunakan bahan terpakai.

Antara yang mencuri tumpuan ialah penghasilan jam untuk mengira detik dan waktu seharian dengan hanya menggunakan pinggan kertas, plastik penyedut minuman dan barangan buangan yang lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1758
Kongsi :
Previous post Polis siasat dakwaan anggota jalin hubungan sulit dengan isteri orang
Next post Lima fokus PSMJ 2035 versi 3
Ubah saiz-+=