COVID: 18,547 kes baharu, hari kedua Sarawak catat kes harian tertinggi

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

KUALA LUMPUR 7 Sept – Sebanyak 18,547 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu dengan Sarawak merekodkan kes harian tertinggi untuk hari kedua berturut-turut dengan 3,200 kes hari ini.

Semalam, Sarawak mencatatkan 3,714 kes baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter dan Facebook memaklumkan dengan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah 1,880,734 kes.

Selangor pula mencatatkan negeri kedua kes harian tertinggi iaitu 2,407 kes diikuti Johor (2,174); Sabah (2,107); Pulau Pinang (1,776); Kedah (1,487); Kelantan (1,458); dan 1,197 kes di Perak.

Sementara itu, negeri yang merekodkan kes di bawah 1,000 adalah Pahang (742); Terengganu (645); Kuala Lumpur (631); Melaka (448); Negeri Sembilan (229); Perlis (20); Putrajaya (22); dan empat kes di Labuan.

Mengenai kapasiti dan penggunaan katil hospital COVID-19, Dr Noor Hisham menerusi perkongsian infografik dalam hantaran berbeza memaklumkan penggunaan katil bukan unit rawatan rapi (ICU) adalah 72 peratus daripada 17,885 katil, manakala penggunaan katil ICU adalah 68 peratus daripada 1,581 katil, setakat 5 petang semalam.

Berdasarkan infografik itu, tiga negeri mencatatkan penggunaan katil bukan ICU melebihi 100 peratus iaitu Johor (111 peratus); Pulau Pinang (102 peratus) dan Perlis (100 peratus).

Bagi penggunaan katil ICU, dua negeri merekodkan penggunaan melebihi 100 peratus iaitu Perak dengan 111 peratus dan Kedah 102 peratus manakala Labuan mencatatkan sifar penggunaan katil ICU.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

370
Kongsi :
Previous post Nelayan yakin pelestarian sumber udang galah terjamin
Next post Shamsubahrin mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan rasuah
Ubah saiz-+=