Covid-19: 11 kes import libat warganegara dikuarantin di Melaka – KP Kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

KUALA LUMPUR 12 Jun — Sejumlah 11 kes import dilaporkan semalam melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dikuarantin di Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu perkongsian di Facebook rasmi beliau berkata, kesemua telah disaring untuk sampel kedua pada 9 Jun dan dibenarkan pulang ke rumah untuk menyambung tempoh kuarantin di rumah memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa mulai 10 Jun 2020.

“Setelah keputusan sampel didapati positif Covid-19, mereka telah dimasukkan ke dalam wad di hospital. Kesemua mereka tidak bergejala dan stabil. Kes-kes ini dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian,” katanya.

Mereka ditempatkan di beberapa hospital termasuk empat kes di Hospital Tumpat, Kelantan, empat kes di Hospital Sungai Buloh, Selangor manakala di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah; Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak dan Hospital Melaka, masing-masing satu kes.

Mengikut garis panduan WHO, kes disahkan Covid-19 dan tidak bergejala lebih dari 10 hari adalah tidak mempunyai risiko transmisi kepada orang lain dari tarikh disahkan positif.

Terdahulu, Dr Noor Hisham memaklumkan semasa sidang media harian Covid-19, jumlah kes baharu positif semalam kembali meningkat kepada dua angka dengan 31 kes baharu, melibatkan 11 kes import dan 20 kes penularan tempatan.

Views:

258
Kongsi :
Previous post Mampukah Malaysia capai 28 hari sifar kes Covid-19?
Next post Lima pengusaha gunting rambut terima notis KPDNHEP Melaka
Ubah saiz-+=