COVID-19: Kilang elektronik Batu Berendam tutup kali ketiga

Masa Membaca:58 Saat

BATU BERENDAM 9 Julai – Sebuah kilang elektronik diarahkan tutup buat kali ketiga selepas trend penularan COVID-19 merekodkan keadaan semakin membimbangkan di kawasan terbabit.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, empat dari sembilan blok kilang terbabit diarahkan tutup 14 hari secara berkala sejak 29 Jun lalu berikutan berlaku penularan tertinggi di kilang berkenaan.

RAHMAD Mariman.
Foto: MR. Azli

“Pada 29 Jun lalu, blok tiga dan empat kilang terbabit diarah tutup sehingga 16 Julai depan dan penularan itu terus berlaku membuatkan blok seterusnya iaitu lima dan enam diarahkan tutup sejak semalam hingga 21 Julai depan.

“Kawasan ini menunjukkan kes penularan yang membimbangkan dan lebih 1,000 disahkan positif menerima jangkitan wabak COVID-19 sejak tercetusnya Kluster Berendam sebelum ini.

“Malah, kluster itu yang masih aktif sehingga hari ini membuatkan pecahan seramai 493 individu dalam kalangan pekerja kilang telah merebak kepada 488 kontak keluarga manakala 19 adalah kontak sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

711
Kongsi :
Previous post Hospital Medan ATM akan dibina di Melaka
Next post Agensi bawa masuk 51 pekerja asing positif COVID-19 ke Melaka disiasat polis
Ubah saiz-+=