
Cuaca mendung, operasi SAR sembilan lagi mangsa tanah runtuh diteruskan
BATANG KALI, 19 Dis – Memasuki hari keempat, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sembilan lagi mangsa yang hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathersβ Organic Farm, Gohtong Jaya di sini diteruskan hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Selangor Datuk Norazam Khamis ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan memberi fokus di Sektor A (Hillview) dan Sektor C (Riverside) serta kawasan sekitar yang belum digali.
Enam anjing unit pengesan (K9) turut mula dibawa masuk ke kawasan pencarian pada 8.30 pagi tadi, dalam keadaan cuaca mendung pada pagi ini.
Semalam operasi berkenaan ditangguhkan pada kira-kira 9.30 malam berikutan keadaan cuaca buruk.
Setakat ini, 24 mangsa disahkan meninggal dunia dan 61 orang selamat daripada keseluruhan 94 mangsa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA ASPEK UTAMA PERKASA JELITA – TPM
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Tiga aspek utama merangkumi keperluan industri, laluan selepas latihan serta penilaian perubahan kehidupan peserta perlu...
‘JELITA’ BUKA LALUAN WANITA KUASAI KEMAHIRAN DALAM 12 JAM
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Latihan intensif selama 12 jam menerusi Program 'Job Empowerment by Learning and Inclusive Technical Advancement'...
KEMAS PERLU BERUBAH, JANGAN SEKADAR LAKSANA PROGRAM – TPM
BANDARAYA MELAKA 27 Oktober - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu mengubah pendekatan pembangunan masyarakat dengan mengutamakan impak sebenar kepada rakyat,...
NAIK TARAF BULATAN LUBOK CHINA DALAM PROSES LANTIK KONTRAKTOR
AYER LIMAU 27 Oktober - Projek naik taraf bulatan Lubok China bagi mengurangkan risiko banjir di laluan berkenaan bakal dimulakan...
KEMAS PENGHUBUNG ANTARA KEPERLUAN RAKYAT DAN DASAR KERAJAAN
BANDARAYA MELAKA 27 Oktober - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu memperkukuh peranannya sebagai penghubung antara dasar kerajaan dengan keperluan rakyat...
FESTIVAL SILANG BUDAYA: KEBAYA BUKAN SEKADAR PAKAIAN KERAIAN
BANDARAYA MELAKA 27 Oktober β Usaha menghidupkan semula tradisi pemakaian kebaya dalam kehidupan seharian, khususnya melibatkan generasi muda, menjadi antara...
