Cuba rayu bantuan khas buat pesawah terjejas banjir- Norhizam

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 19 Mei. – Kerajaan negeri sedaya upaya akan memohon bantuan khas buat pesawah terjejas di negeri ini akibat banjir berlaku kebelakangan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya difahamkan setakat ini tiada peruntukan khas di peringkat negeri buat pesawah terbabit, namun pihaknya akan berusaha sebaiknya demi mereka.

“Saya dimaklumkan tiada peruntukan khas, namun saya tetap akan memanjangkan perkara ini kepada kerajaan pusat agar dapat membantu golongan pesawah terjejas akibat banjir melanda di seluruh negeri.

“Satu permohonan bantuan khas pesawah akan diusulkan kepada kerajaan menerusi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah untuk dipertimbang di peringkat persekutuan supaya dapat membantu pesawah yang terjejas akibat banjir kebelakangan ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

EXCO Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Norhizam Hassan Baktee. Foto-fail.

Mengulas lanjut, Norhizam berkata, pihaknya belum menerima laporan berkaitan dan sedang memperincikan masalah dihadapi petani di negeri ini.

“Kita memohon kepada semua pesawah yang terjejas untuk tampil ke hadapan bagi memaklumkan masalah dihadapi mereka.

“Apa yang kita mahu mereka (pesawah) perlu segera membuat laporan polis dan mengepilkan beberapa dokumen sokongan seperti gambar dan maklumat yang terjejas.

“Setelah itu bolehlah segera mengusulkan segala maklumat dan masalah itu kepada kami agar setiap perkara yang dihadapi ini mampu diatasi dengan kadar segera,” katanya.

Terdahulu, isu sawah ditenggelami banjir turut dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Datuk Nor Azman Hassan selepas terkilan nasib pesawah di kawasannya.

Beliau menggesa pihak berwajib agar memberi perhatian kepada situasi yang berlaku kepada pesawah di Jalan Ladang Kampung Berlian, Pantai Kundor.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

387
Kongsi :
Previous post PKPD di UTM Skudai mulai Jumaat ini – Ismail Sabri
Next post PKPD Kampung Permatang Tulang Mukim Sebatu, tamat esok
Ubah saiz-+=