PKPD Kampung Permatang Tulang Mukim Sebatu, tamat esok

Masa Membaca:51 Saat

KUALA LUMPUR 19 Mei. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Permatang Tulang, Mukim Sebatu Jasin, Melaka ditamatkan mulai esok seperti dijadualkan berikutan kes jangkitan COVID-19 menunjukkan trend penurunan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang sudah melaksanakan 313 ujian saringan dalam kalangan penduduk.

Katanya, daripada jumlah sebanyak lapan kes positif COVID-19 direkodkan.

“KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta kes terakhir yang direkodkan adalah pada 11 Mei lalu iaitu sebanyak tiga kes.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di mukim itu seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini PKPD dikuatkuasakan di kampung ini selama 14 hari bermula 7 hingga 20 Mei 2021 bagi membolehkan KKM membuat pengesanan awal kes dan menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

569
Kongsi :
Previous post Cuba rayu bantuan khas buat pesawah terjejas banjir- Norhizam
Next post Redah jalan berlumpur, selamatkan 35 lembu tidak makan dua hari di ladang
Ubah saiz-+=