
Cubaan bunuh diri: KKM tunggu maklum balas AGC
PETALING JAYA, 21 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan cadangan pindaan Akta 309 Kanun Keseksaan membabitkan moratorium (penangguhan) terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata Jemaah Menteri berpendapat bahawa perkara itu perlu dimuktamadkan di peringkat AGC sebelum kerajaan membuat keputusan.
“Saya telah bangkitkan berkenaan moratorium ini dan Jemaah Menteri berpendapat bahawa perkara ini perlu mendapatkan pandangan dulu sama ada pembunuhan diri dapat decriminalised,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sesi dialog sempena Persidangan Pengarah Hospital, di sini, hari ini.
Sebelum ini, KKM telah menghantar memorandum berkenaan moratorium terhadap pendakwaan dan sabitan kesalahan cubaan bunuh diri kepada Jemaah Menteri.
Memorandum itu merupakan usaha nyah jenayah cubaan bunuh diri dan langkah meminda atau memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mensabitkan tingkah laku itu sebagai kesalahan jenayah.
Di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati cuba membunuh diri boleh boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
NELAYAN KUALA LINGGI BAKAL DIBANTU TEROKA AKTIVITI AKUAKULTUR
KUALA LINGGI 10 November - Aktiviti akuakultur termasuk ternakan ikan dalam sangkar, kerang, kepah dan udang sedang dipertimbangkan sebagai sumber...
PRN MELAKA: BN-PN SASAR MENANG LEBIH 21 KERUSI DUN – AHMAD ZAHID
PANTAI KUNDOR 10 November - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan melebihi 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...
