Sorting by

×

Dahulu tidak boleh berjalan, kini jadi ketua kumpulan

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MASJID TANAH 23 Februari – “Ketika berusia dua tahun, Muhammad Fauzan terjatuh. Kecederaan pada kepala menyebabkan dia tidak mampu mengimbangkan badan untuk berdiri atau berjalan.

“Itu semua hanya berpunca daripada jatuh sedangkan dia dilahirkan sebagai manusia normal,” kata Muharam Saban, 61, bapa kepada Muhammad Fauzan, pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Seri Malindo, Masjid Tanah.

Namun dia tidak sedikitpun malu atas kekurangan Muhammad Fauzan kini berusia 31 tahun, kerana pemuda itu sudah mampu berdikari hasil asuhan tenaga pengajar di PDK Seri Malindo.

Paling membanggakan Muharan apabila hari ini Muhammad Fauzan, mampu berjalan dan bertutur seperti belia normal lain.

Malah Muhammad Fauzan kini menjadi antara ‘orang kuat’ PDK Seri Malindo yang berjaya menyiapkan puluhan ribu tempahan sejak pusat sehenti itu menjalankan projek EEP.

“Muhammad Fauzan dianggap sebagai pemimpin kepada rakan-rakan di PDK Seri Malindo. Selepas tamat tingkatan lima guru sarankan saya hantar Muhammad Fauzan ke sini, alhamdulillah banyak perkembangan membanggakan ditunjukkan anak sekarang ini.

“Sekarang Muhammad Fauzan mampu berdikari dan dilantik menjadi Ketua Advokasi di mana ketua kepada rakan-rakan yang lain,” katanya.

Bekas tentera yang menetap di Taman Seri Aman, Masjid Tanah itu juga tidak pernah putus memberi sokongan kepada anaknya hingga sanggup bersama-sama meluangkan masa menemani Muhammad Fauzan belajar kemahiran menjahit.
K
atanya hasil bimbingan tenaga pengajar Muhammad Fauzan kini sudah mampu berdikari termasuk melakukan aktiviti seperti menonton filem, bermain bolong dan mengikuti trip melancong ke Sabah menggunakan wang upah menjahit beg.

Sementara itu, Muhammad Fauzan berkata, dia begitu seronok sejak hari pertamanya melangkahkan kaki ke PDK Seri Malindo.

“Kami berkongsi minat yang sama, saya seronok belajar di sini kerana hari-hari dapat menjahit.

“Sekarang kami ikut jadual dari pagi sampai ke petang untuk siapkan tempahan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1134
Kongsi :
Previous post PDRM tidak kompromi, lindungi anggota terlibat salah laku jenayah – Razarudin
Next post Komuniti perkapalan, logistik salur RM510,000 bantu mangsa gempa Turkiye, Syria
Ubah saiz-+=