‘Damak’, ‘Sofea’ kini haiwan angkat Mitsubishi Motors Malaysia

Masa Membaca:2 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 23 September – Dua ekor harimau bintang di Zoo Melaka yang diberi nama Demak dan Sofea kini menjadi haiwan angkat Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd.

Kedua-dua harimau bintang berusia tujuh dan sembilan tahun itu diambil menjadi haiwan angkat menerusi Program Southern Region Wildlife Project 2023 ‘Saving Animals and Service Community’ di Zoo Melaka, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Mitsubishi Motors Malaysia, Ilham Helmi Izzat berkata, program yang bermula seawal jam 7.30 pagi di Zoo Melaka itu disertai kira-kira 130 peserta yang juga merupakan warga Mitsubishi Motors Zon Selatan.

IMG_20230923_192247_478
KETUA Pegawai Operasi, Mitsubishi Motors Malaysia, Ilham Helmi Izzat ditemui pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Mitsubishi Southern Region Wildlife Project 2023 di Zoo Melaka, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Program ini melibatkan lebih 11 pengedar Mitsubishi Motors Zon Selatan terdiri daripada 130 peserta dari Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan ini adalah merangkumi gotong-royong baik pulih pondok tinjau di kawasan harimau bintang yang bertujuan memberi manfaat kepada pengunjung.

“Kita juga turut memberikan sumbangan bernilai RM3,000 kepada Demak dan Sofea untuk kegunaan dan keperluan harian mereka di mana sumbangan ini merupakan usaha kecil kami sebagai tanda sokongan dan kepedulian terhadap kebajikan haiwan-haiwan di zoo ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

IMG_20230923_192118_494
KETUA Pegawai Operasi, Mitsubishi Motors Malaysia, Ilham Helmi Izzat bergambar bersama peserta sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Mitsubishi Southern Region Wildlife Project 2023 di Zoo Melaka, Ayer Keroh. Turut bersama Setiausaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sr. Rohaya Abdullah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Program CSR itu turut dihadiri Setiausaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sr. Rohaya Abdullah.

Mengulas lanjut, beliau berharap kolaborasi Mitsubishi Motors bersama Zoo Melaka akan menjadi titik permulaan untuk usaha-usaha amal yang berterusan bagi memberikan inspirasi kepada semua, selain menunjukkan keprihatinan syarikat berkenaan.

“Tujuan utama program ini ialah untuk menyuntik semangat cintakan haiwan serta memastikan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Jualan Wilayah Selatan Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, Bernard Kee berkata, program terbabit juga secara tidak langsung memberi pendedahan dan ilmu mengenai penjagaan haiwan yang terdapat di Zoo Melaka.

IMG_20230923_191923_334
PESERTA bergotong-royong membersihkan kandang haiwan sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Mitsubishi Southern Region Wildlife Project 2023 di Zoo Melaka, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Jelasnya, beliau bersama peserta lain sungguh teruja apabila diberikan tugasan berbeza-beza termasuk menyediakan makanan untuk haiwan di Zoo Melaka seawal pagi.

“Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk tugasan berbeza, ada yang mencuci kandang haiwan, membersihkan tempat makan haiwan dan menyediakan makanan haiwan.

“Ini merupakan luar daripada bidang kami, namun menerusi program CSR ini, kami diberi kesedaran menghargai hidupan liar di zoo ini dan sekali gus mendapat ilmu baharu,” jelasnya.

Program CSR tersebut turut mendapat kerjasama daripada sukarelawan Kelab Pengasih Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Kelab Mitsubishi Xpander Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1997
Kongsi :
Previous post Galak lebih banyak entiti jalin kerjasama dengan Zoo Melaka
Next post Budaya makan, tidur lewat semakin membimbangkan
Ubah saiz-+=