Sorting by

×

Galak lebih banyak entiti jalin kerjasama dengan Zoo Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 23 September – Zoo Melaka mengajak lebih banyak entiti korporat, individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama menjalinkan kerjasama strategik.

Setiausaha Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sr. Rohaya Abdullah berkata, Zoo Melaka sentiasa berbesar hati untuk mana-mana pihak mengadakan program secara bersama.

Katanya, jalinan kerjasama tersebut tidak terhad kepada bentuk sumbangan, bantuan, kewangan atau material semata-mata, sebaliknya ia lebih meluas.

“Zoo Melaka tidak mampu melaksanakan secara bersendirian dan sentiasa mengharapkan jalinan kerjasama secara holistik daripada semua pihak di mana kerjasama ini berkonsepkan ‘Kebajikan Tanggungjawab Bersama’.

“Selain Mitsubishi Motors Malaysia Sdn Bhd, kita juga pernah berkolaborasi dengan dengan pelbagai entiti korporat lain.

“Sekiranya kita dapat meluangkan sedikit masa, tenaga dan sokongan secara mental dan spiritual ia mampu menjana perubahan dan membawa seribu makna kepada haiwan-haiwan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Southern Region Wildlife Project 2023 ‘Saving Animals and Service Community’ di Zoo Melaka, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Operasi, Mitsubishi Motors Malaysia, Ilham Helmi Izzat.

Mengulas lanjut, Rohaya berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu berjaya membantu konservasi haiwan di Zoo Melaka.

“Dengan program CSR yang dijalankan ini, sedikit sebanyak berjaya membantu pihak Zoo Melaka dalam konservasi dan pembiakan haiwan di Zoo Melaka ini.

“Dengan penambahbaikan yang dilaksanakan iaitu di pondok tinjau harimau bintang, diharapkan dapat memberi manfaat kepada haiwan dan pengunjung secara berterusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1595
Kongsi :
Previous post Seronok tidur dengan ‘Hang Tuah’
Next post ‘Damak’, ‘Sofea’ kini haiwan angkat Mitsubishi Motors Malaysia
Ubah saiz-+=