
Spekulasi darurat: KM minta rakyat jangan panik
BANDA HILIR 24 Okt. – Rakyat di negeri ini diminta agar tidak panik dengan sebarang spekulasi darurat di negara ini susulan pertambahan mendadak kes positif COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, buat masa ini tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Justeru, jelasnya tiada keperluan untuk semua meluahkan rasa khuatir terhadap perkara itu sebaliknya perlu meneruskan hidup seperti biasa.
“Saya sebenarnya tak tahu apa-apa. Sehingga pagi ini saya tidak dapat apa-apa pengumuman daripada Kerajaan Persekutuan.
“Jadi, rakyat jangan panik atau bimbang. Kita mempunyai Raja Berpelembagaan, jadi saya yakin Yang di-Pertuan Agong lebih arif untuk menentukannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam rutin mingguannya mengadakan lawatan ke kampung-kampung atau lokasi terpilih di negeri ini.
Hari ini, Sulaiman memilih untuk menyantuni penduduk di Kampung Bakar Batu, Bachang, selain turut menziarahi penduduk di sekitar Bukit Cina dan peniaga di Little India, Banda Hilir.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
KARNIVAL CIMIC: 19 AKTIVITI MENARIK MENANTI, DARI KAPAL PERANG HINGGA AKSI KOMANDO
BANDARAYA MELAKA 22 Ogos - Sebanyak 19 aktiviti menarik disediakan menerusi Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil-Military Cooperation - CIMIC) bagi memberi...
PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME
AYER KEROH 22 Ogos - Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...

