Dataran MBMB ‘port’ santai berbuka puasa

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 19 Mac – Keindahan suasana malam yang dihiasi lampu bewarna-warni di Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjadi tarikan kepada orang ramai menjadikan ia lokasi berbuka puasa bersama keluarga.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Besejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, menyedari kawasan dataran itu kini menjadi tumpuan malah saban hari dipenuhi orang ramai untuk berbuka puasa bersama keluarga, pihaknya mengambil inisiatif menyediakan kemudahan asas bagi memudahkan pengunjung.

“Sebenarnya kehadiran orang ramai ke kawasan dataran untuk bersantai bersama keluarga kita sudah maklum sejak tahun lalu dan dalam tempoh seminggu Ramadan ini kita lihat ia tetap sama malah setiap malam boleh katakan kira-kira 30 keluarga akan berbuka puasa di situ.

“Jadi melihat sambutan orang ramai itu, kita MBMB mengambil inisiatif menyediakan kemudahan asas seperti surau bagi memudahkan orang ramai untuk solat, manakala kemudahan lain seperti tandas sudah sedia ada di situ, jadi diharap penambahbaikkan ini akan memberi keselesaan kepada pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Shadan, pihaknya yakin selain keindahan lampu bewarna-warni yang menghiasi sekitar Dataran MBMB itu, kemudahan fasiliti seperti taman permainan yang dinaik taraf turut menjadi tarikan kepada ibu bapa untuk beriadah sambil berbuka puasa di situ.

“Dengan kedatangan orang ramai yang memenuhi Dataran MBMB ini ia memeriahkan lagi suasana malam dan secara tidak langsung dapat menarik juga orang luar Melaka untuk turut berbuka puasa di situ.

“Namun begitu dengan kemudahan yang disediakan, saya berharap orang ramai dapat bersama-sama menjaga kebersihan dengan membuang sampah di tempat sepatutnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

391
Kongsi :
Previous post Asnaf terima mahligai baharu menjelang Aidilfitri
Next post Bantuan perumahan rakyat memerlukan diteruskan
Ubah saiz-+=