
Datuk Dr Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan baharu
PUTRAJAYA, 25 April – Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kesihatan yang baharu berkuat kuasa Jumaat lepas, demikian umum Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Dr Muhammad Radzi, 58, yang sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib pada Jumaat selepas 35 tahun berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan (KKM).
Dr Zaliha dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan Dr Muhammad Radzi adalah berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan kesihatan negara.
Dr Muhammad Radzi pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah, Ketua Penyelaras Perubatan Negeri Kedah dan Ketua Pusat Penyelidikan Klinikal Kedah.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Perkhidmatan Gastroentrologi dan Hepatologi dan menjadi pengerusi pentauliahan bidang kepakaran tersebut dari 2013 sehingga 2021.
“Saya yakin dengan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran serta kredibiliti beliau mampu memberikan yang terbaik dan menjadi rakan pasukan bersama saya dalam memastikan matlamat dan agenda reformasi kesihatan negara dilaksanakan secara menyeluruh,” kata Dr Zaliha.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SALUR LEBIH RM3.4 JUTA PERKASA BELIA
BANDARAYA MELAKA 28 Oktober - Lebih RM3.4 juta diperuntukkan bagi memperkasa program persatuan belia serta menaik taraf kemudahan sukan di...
MELAKA SEDIA RM10.9 JUTA PERKASA PEMBANGUNAN SUKAN 2026
BANDA HILIR 28 Oktober - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM10.9 juta bagi pembangunan sukan sepanjang 2026, kata Ketua Menteri Datuk...
MELAKA AGIH RM308,725 INSENTIF ATLET SUKMA DAN PARA SUKMA 2026
BANDA HILIR 28 Oktober - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM308,725 sebagai insentif kemenangan kepada atlet mengharumkan nama Melaka pada temasya...
UTEM HARGAI USAHA KETUA MENTERI BINA MASA DEPAN MELAKA DENGAN TVET
DURIAN TUNGGAL 27 Oktober - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab...
TABOH NANING TERUS MEMBANGUN, RM36 JUTA ATASI KESESAKAN
TANJUNG BIDARA 28 Oktober - Peruntukan RM36 juta bagi melebarkan jalan menuju ke Tol Simpang Ampat bakal menjadi antara usaha...
ZAHID PILIH TANJUNG BIDARA, IRINGI AB RAUF PADA HARI PENAMAAN CALON
TANJUNG BIDARA 28 Oktober – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk mengiringi calon...
