15 kereta berhias bakal berarak 6km sambut Hari Wesak

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 April – Kira-kira 15 kenderaan berhias ditampilkan dalam perarakan acara kemuncak sempena sambutan Hari Wesak, minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Wesak, Cedric Tan berkata sambutan anjuran Persatuan Buddha Melaka Seck Kia Eenh itu menjangkakan sambutan berkenaan bakal dikunjungi oleh kira-kira 8,000 pengunjung di negeri ini.

Katanya, sambutan tahunan itu kali ini akan dianjurkan secara besar-besaran membabitkan perarakan kira-kira enam kilometer pada malam 3 Mei sehari sebelum sambutan perayaan itu.

“Kira-kira 2,500 perserta akan menyertai perarakan itu yang bermula di Tokong Seck Kia Eenh, selain membabitkan Jalan Gajah Berang menuju ke Jalan Tun Perak, Jalan Tun Ali, Jalan Tun Mutahir, Jalan Tun Sri Lanang, Jalan Bendahara, Jalan Laksamana, Lorong Hang Jebat, Jalan Tun Tan Cheng Lock dan Jalan Tengkera.

“Sambutan ini diadakan bermula pada 26 April sehingga 21 Mei depan menawarkan pelbagai aktiviti keagamaan, kebajikan dan pelancongan  selepas hampir tiga tahun tidak diadakan secara besar-besaran ketika negara dilanda wabak pandemik COVID-19.

“Perayaan yang disambut sejak tahun 1962 merupakan acara tahunan kuil ini sekali gus mampu merancakkan kadar pelancongan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media diadakan di Wisma Seck Kia Eenh di Jalan Gajah Behrang, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden persatuan itu, Tan Kim See serta tetamu lain.

2C0B5067-15EA-4F9A-89AE-D96854B98DDD
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan Hari Wesak, Cedric Tan. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, katanya perarakan diadakan itu turut melibatkan kerjasama daripada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa badan lain bagi mengawal lalu lintas dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita juga menggalakkan orang ramai yang hadir untuk memakai pelitup muka dan menjaga SOP ditetapkan bagi membendung berlakunya penularan wabak pandemik COVID-19.

“Pelbagai acara lain turut diadakan sepanjang acara ini, antaranya tarian singa dan naga, upacara Pindapata iaitu memberi makanan kepada sami, selain agihan kita makanan kepada 600 fakir miskin, program derma darah serta pelbagai lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1578
Kongsi :
Previous post Datuk Dr Muhammad Radzi dilantik Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Next post Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan semalam
Ubah saiz-+=