DUN Rim: Dewan Serbaguna Taman Seri Kemendor berwajah baru

Masa Membaca:33 Saat

RIM 12 April – Kemudahan Dewan Serbaguna Taman Seri Kemendor yang siap dibaik pulih diharap mampu meniup semangat dalam kalangan penduduk sekitar untuk menganjurkan pelbagai lagi program dan aktiviti berfaedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, dewan berkenaan juga membolehkan pelbagai aktiviti penduduk dijalankan dalam keadaan lebih selesa.

“Alhamdulillah kerja-kerja baik pulih Dewan Serbaguna di Taman Seri Kemendor telah siap sepenuhnya.

“Saya harap dewan ini dapat digunakan dengan sebaiknya untuk memudahkan setiap aktiviti dan program yang melibatkan penduduk setempat,” katanya.

Antara proses baik pulih dilakukan adalah membabitkan kerja mengecat bangunan dewan sekali gus menceriakan keadaan persekitaran.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1912
Kongsi :
Previous post ‘Spiderman’ dapat khemah niaga
Next post Dua individu rugi RM260,000 ditipu pegawai ‘KKM’
Ubah saiz-+=