
Dira mahu lebih banyak penganjuran program belia
RIM 13 Dis – Dalam kesibukan dan kekangan masa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar sempat turun padang merasmikan Program Belia 4B Jasin Prihatin, baru-baru ini.
Beliau berkata program tersebut adalah inisiatif yang baik daripada Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin dalam usaha untuk membantu golongan memerlukan di kawasan itu.
“Pada masa sama saya juga dapat menyampaikan bantuan zakat kepada golongan asnaf dalam daerah Jasin.
“Semoga banyak lagi program seperti ini dapat dianjurkan oleh rakan belia saya terutamanya di RIM,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.
Program tersebut merupakan anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Jasin bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Melaka.
Hadir sama Pengarah SSM Melaka, Mohd Zainuddin bin Salleh; Pegawai Belia Daerah Jasin Haida Ghazali dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin, Mohd Nizam Omar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SENTUHAN KASIH MBMB UNTUK PENDUDUK DUYONG
DUYONG 15 Julai - Dua penduduk di Kampung Semabok dan Bukit Duyong tidak menyangka kepayahan hidup yang dialami mendapat perhatian...
WRUR DUYONG PASTIKAN TIADA YANG TERCICIR
DUYONG 15 Julai - Seramai 50 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong yang kurang bernasib baik disantuni pada Program Ziarah...
131 ANAK AUTISME MELAKA LAYAK TERIMA SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN
DUYONG 15 Julai - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menyerdiakan peruntukan berjumlah RM65,000 sebagai bantuan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak...
DUA PUNCA PENCEMARAN SUNGAI AIR BATU DIKENAL PASTI, PELAN TINDAKAN HOLISTIK DIAMBIL
PAYA RUMPUT 15 Julai - Dua punca utama telah dikenal pasti berkait dengan isu pencemaran Sungai Air Batu dan Sungai...
SATU NEGERI, SATU TABIKA KEMAS AUTISME TAHUN DEPAN
PAYA RUMPUT 15 Julai - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan satu tabika khas untuk kanak-kanak autisme di bawah...
WRUR DUYONG UKIR SENYUMAN ANAK-ANAK RUMAH KASIH
DUYONG 15 Julai - Seramai 20 anak-anak Rumah Kasih Tun Abdul Aziz (RKTAA) Durian Daun, di sini, diraikan bersempena sambutan...