
Diskaun 60 peratus di 24 lokasi buat pelancong – Jailani
SERI NEGERI 13 Okt – Kerajaan negeri akan mengaktifkan semula Kempen Promosi Melakan Visit Melaka 3.0 untuk menarik sektor pelancongan sejajar dengan pembukaan sempadan negeri Isnin lalu.
EXCO Pelancongan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, kempen itu turut menawarkan diskaun sehingga 60 peratus di 24 buah lokasi-lokasi pelancongan di seluruh Melaka sepanjang tahun ini.

“Selain itu, BPP (Bahagian Promosi Pelancongan) turut memperhebatkan kerjasama dengan pihak Persatuan Agen Kembara Pelancongan (MATTA) Melaka Chapter dan kesemua penggiat industri pelancongan Negeri Melaka untuk menjual pakej-pakej pelancongan khas sempena kebenaran rentas negeri ini.
“Pakej-pakej itu menampilkan pelbagai elemen pelancongan berdasarkan kepada 14 Sub-Sektor Pelancongan Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Sempena Kesiapsiagaan Sektor Pelancongan Negeri Menjelang Kebenaran Merentas Negeri di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 13,000 SERBU TIGA PRODUK PELANCONGAN PPSPM PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Seramai 13,074 pengunjung mengambil peluang menikmati tiga produk pelancongan utama di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai...
HAMPIR 3,500 NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDA HILIR 31 Ogos - Hampir 3,500 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena Sambutan Hari...
2,826 PENGUNJUNG PILIH TEROKAI MUZIUM
JASIN 31 Ogos – Seramai 2,826 pengunjung direkodkan mengunjungi enam muzium dan galeri di bawah seliaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)...
CUTI HARI KEBANGSAAN, ATUK BAWA CUCU JEJAK SEJARAH
MERLIMAU 31 Ogos – Cuti Hari Kebangsaan dimanfaatkan Tajudin Sidek, 62, dengan cara tersendiri apabila membawa dua cucunya mengunjungi Galeri...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: 18,318 PENGUNJUNG MERIAHKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 31 Ogos - Sasaran 10,000 pengunjung sempena Program Kemasukan Percuma ke Zoo Melaka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026...
MASUK PERCUMA 31 OGOS: PENGUNJUNG SERBU ZOO MELAKA SEAWAL 6.30 PAGI
AYER KEROH 31 Ogos - Bahang matahari yang semakin terik tidak menghalang orang ramai termasuk pelancong untuk terus beratur malah...
