Dua anak muda rangkul johan Anugerah Perdana Belia Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 19 Mei – “Alhamdulillah usaha mewujudkan Inisiatif Anak Muda Terbaik (IAMT) melayakkan saya merangkul johan Anugerah Perdana Belia Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka Kategori Individu Lelaki hari ini”.

Itu kata seorang belia Mohd Firdaus Baharuddin,29, selepas memenangi anugerah itu pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 di Stadium Mini Jasin, di sini pada Sabtu.

Katanya, dengan kemenangan itu dia akan memastikan pelaksanaan IAMT diteruskan sepanjang tahun ini sebagai tanda berbakti terhadap Kerajaan Negeri.

“Kita akan laksanakan IAMT ini selama setahun di seluruh peringkat sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam bentuk menjamin dan menyambut semangat belia di bawah usia 30 tahun.

“Kita juga menggerakkan inisiatif ini menerusi platform liga sukarelawan dan terbaharu adalah jelajah sunnah di 14 negeri yang berada dalam Malaysia.

“Alhamdulillah hampir 2,000 penerima mendapat manfaat daripada jelajah sunnah ini yang diadakan pada bulan puasa yang lalu,” katanya.

Terdahulu Mohd Firdaus menerima anugerah itu daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Sementara itu, G. Durgashini,22, turut memenangi anugerah itu bagi kategori wanita dan mula aktif dalam aktiviti belia sejak tahun 2019.

“Saya merupakan seorang belia yang aktif sejak 2019, saya juga merupakan Ketua Puteri Majlis India Belia Malaysia Peringkat Kebangsaan.

“Sepanjang aktif dalam aktiviti belia, saya gemar menyumbang program-program memberi manfaat kepasa golongan belia seperti bidang kemahiran secara dalam talian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

227
Kongsi :
Previous post Melaka bakal dapat balai bomba baharu
Next post Balai bomba seluruh negara berkawal 24 jam elak insiden serangan
Ubah saiz-+=