‘Dua kali daftar, dua kali terlepas janji temu terima vaksin’

Masa Membaca:58 Saat

LENDU 13 Julai – “Dua kali telefon bimbit saya rosak menyebabkan saya tidak dapat memeriksa tarikh janji temu dan terlepas peluang mendapatkan suntikan vaksin,” kata Ali Ahmad, 80.

Hari ini dia sekadar menyaksikan isteri, Siti Hayati Sudin, 76, menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Tanah di Kompleks Sukan Masjid Tanah, di sini walaupun dia amat menantikan saat berkenaan.

Ali berkata, anaknya yang membantu mendaftarkan dirinya melalui aplikasi MySejahtera dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan janji temu pertama vaksin pada 23 Mei lalu.

ALI Ahmad.

“Malangnya telefon saya bimbit saya rosak dan hanya selepas dibaiki baru saya boleh memeriksa tarikh janji temu itu tetapi sudah terlepas.

“Anak sekali lagi bantu daftar namun rezeki tidak menyebelahi saya apabila telefon bimbit rosak dan saya telepas janji temu kedua pada 23 Jun lalu,” katanya.

Dia berharap diberikan janji temu dalam tempoh yang singkat selepas sekali lagi mendaftar pada hujung bulan lalu.

“Saya berharap telefon saya tidak rosak dan jika ada masalah, insya-Allah saya akan beli telefon baru kerana tidak sanggup lagi terlepas peluang berharga (suntikan),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

617
Kongsi :
Previous post MUFC berkampung kali kedua di Paya Rumput
Next post KPDNHEP sasar sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan runcit sertai RiVAC
Ubah saiz-+=