KPDNHEP sasar sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan runcit sertai RiVAC

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangka sekurang-kurangnya 500,000 petugas barisan hadapan dalam sektor peruncitan akan menyertai Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) tidak lama lagi.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, petugas barisan hadapan ini termasuklah juruwang, kakitangan jualan, kru restoran, pekerja stesen minyak, kakitangan pasar raya dan mereka yang terlibat dalam rantaian pengedaran.

“Kementerian komited bagi memastikan sektor peruncitan dipulihkan dan dibuka sepenuhnya secepat mungkin dan matlamat ini hanya boleh dicapai sekiranya pemberian vaksin boleh dilaksanakan sepenuhnya menerusi RiVAC.

“Setakat ini, 1,823 syarikat telah mendaftar dengan kementerian bagi program tersebut,” katanya dalam ucapan khas beliau pada webinar Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia 2021, yang diadakan hari ini.

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto kredit- The Borneo Post

RiVAC adalah kerjasama awam-swasta antara KPDNHEP dan pemain industri peruncitan termasuk Persatuan Gedung Membeli Belah Malaysia yang bertujuan memastikan kesinambungan perkhidmatan membeli belah dan keselamatan pengguna dilindungi semasa pandemik.

Sementara itu, Nanta memberi jaminan KPDNHEP dan agensi di bawah kementerian itu akan terus membantu memudahkan ekosistem perniagaan tanpa mengambil kira sama ada ia perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau tidak, pembangunan perdagangan domestik, perlindungan pengguna, perlindungan harta intelektual dengan Perbadanan Harta Intelektual Malaysia, atau penguatkuasan undang-undang persaingan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

“KPDNHEP akan terus berusaha keras dan menambah baik apa yang perlu ditambah baik bagi menyokong perdagangan domestik dan memberi keutamaan kepada usaha memudahkan untuk menjalankan perniagaan.

“Kita akan terus berbuat demikian menerusi program sedia ada dan inisiatif baharu sejajar dengan Pelan Strategik 2021-2025 KPDNHEP,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

368
Kongsi :
Previous post ‘Dua kali daftar, dua kali terlepas janji temu terima vaksin’
Next post 2 juta dos vaksin akan diagih di Lembah Klang, Negeri Sembilan- Muhyiddin
Ubah saiz-+=