Dua sekolah daif dibina baharu

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

AYER KEROH 15 Mac – Sejumlah RM10.8 juta diperuntukkan bagi pembinaan semula dua buah sekolah daif di negeri ini menerusi peruntukkan Belanjawan 2023 yang dibentangkan Februari lalu.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, dua buah sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Sebatu yang membabitkan peruntukkan RM9 juta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) On Lok, Jasin dengan peruntukkan RM1.8 juta.

“Bagi SK Sebatu membabitkan elemen meroboh dan membina semula bagunan sedia ada merangkumi empat bilik darjah dan masing-masing sebuah bilik muzik, pejabat pentadiran dan bilik guru. Beberapa elemen lain termasuk mesra orang kurang upaya (OKU) juga akan dilaksanakan.

“Sementara itu untuk SJKC On Lok juga membabitkan kerja roboh dan bina semula. Pembinaan sebuah Bengkel Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), satu bilik pemulihan yang termasuk perolehan peralatan dan kelengkapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Dewangan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning) yang bertanyakan berhubung sekolah daif yang terdapat di Melaka, pada hari ketiga Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Menurut Rais, kategori sekolah daif ini ditentukan mengikut skala ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan dan Bahagian Perancangan serta Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdahulu, ketika menjawab pertanyaan lisan Adun Ayer Limau Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, berhubung perancangan mengatasi masalah lebihan pelajar sekolah menengah dan cadangan sebuah sekolah menengah baharu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, beliau berkata, tiada sebarang perancangan pembinaan dalam masa terdekat.

“Sebaliknya, sukacita dimaklumkan satu projek pembinaan Sekolah Agama Ulu Albab Alor Gajah di Sungai Baru Tengah, Ayer Limau dengan keluasan tapak seluas 17.55 ekar telah diluluskan. Malah projek pembangunan ini telah dimulakan dengan lawatan awalan tapak pada 2 Mac 2023 dan projek ini dijangka siap pada 2027.

“Dengan adanya sebuah sekolah agama ini maka lengkaplah setiap daerah di Melaka mempunyai sekolah agama masing-masing, kalau dilihat di Melaka Tengah ada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah dan SMKA Sultan Muhammad, manakala di Jasin pula SMKA Tun Perak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1571
Kongsi :
Previous post TMM2024: Pastikan produk pelancongan Melaka bertaraf lima bintang
Next post Cadang bangunkan pusat hemodialisis rakyat Melaka
Ubah saiz-+=