DUN Asahan teruskan program tuisyen percuma

Masa Membaca:55 Saat

ASAHAN 13 Julai – Program tuisyen percuma untuk persediaan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetap diteruskan bagi memastikan pelajar memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, tahun ini ia membabitkan sekolah terlibat dengan menggunakan kepakaran tenaga pengajar daripada sekolah sama.

Jelasnya, penganjuran sebelum ini diadakan di Balai Raya dan Pusat Khidmat Masyarakat sekitar DUN Asahan namun diubah ke sekolah agar penglibatan pelajar mampu ditingkatkan.

“Sebanyak lima buah sekolah dipilih untuk menerima peruntukan bagi mengadakan tuisyen buat calon SPM antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selandar, SMK Nyalas, Sekolah Menengak Agama (SMA) As Syakirin dan Sekolah Berasrama Penuh Integarsi (SBPI) Selandar.

“Turut terbabit adalah SMK Simpang Bekoh biarpun ia berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) RIM namun ramai dalam kalangan pelajar berasal dari Asahan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bagi memperkasa kecemerlangan pelajar, pihaknnya turut mengadakan beberapa inisiatif lain termasuk teknik menjawab soalan dan program motivasi.

“Kita akan bekerjasama dengan Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi menanjurkan program motivasi bagi membantu calon membuat persiaan menduduki SPM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1108
Kongsi :
Previous post Hospital Jasin cari waris Marataon
Next post Lafaz Syahadah di pagi Aidiladha
Ubah saiz-+=