DUN Melaka – Adil dan saksama jadi pegangan Speaker baharu

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 27 Dis – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum berjanji akan menjalankan tugas dengan berlaku adil dan saksama dan berusaha sebaik mungkin bagi menunaikan tanggungjawab di atas lantikan itu.

“Saya akan berlaku adil dan saksama dalam menjalankan tugas dan sekiranya saya tidak berlaku adil, bermakna saya juga tidak berlaku adil pada rakyat yang telahpun membuat pemilihan di dalam pilihan raya yang lepas.

“Terima kasih dan penghargaan kepada semua ahli-ahli yang behormat kerana mengambil keputusan memilih dan berkecuali dalam pelantikan speaker DUN pada pagi ini.

“Manakala yang berhormat ahli-ahli DUN pula saya ambil kesempatan untuk ucap terima kasih dan syabas di atas terpilihnya ahli-ahli yang berhormat mengikut DUN masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada hari pertama dilantik menjadi Speaker DUN Melaka pada Persidangan Pertama (Khas) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-15 di Seri Negeri hari ini.

Pada masa sama, beliau berharap, kesemua barisan ahli DUN perlu memberi kerjasama sepenuhnya bagi menunaikan amanah dan profesional berdasarkan tindak tanduk dan adab yang bertintegriti selaras dengan prinsip sistem demokrasi yang diamalkan.

“Ahli-ahli yang berhormat saya harap semua dapat patuhi undang-undang yang ditetapkan dalam sidang DUN semasa mengambil bahagian dalam dewan yang mulia ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1050
Kongsi :
Previous post DUN Melaka – Dira Abu Zahar dilantik Timbalan Speaker DUN
Next post KM bentang Bajet 2022 di sidang DUN hari ini
Ubah saiz-+=