
DUN Melaka – Dira Abu Zahar dilantik Timbalan Speaker DUN
SERI NEGERI 27 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi Penggal ke-15.
Nama beliau dipilih ADUN Tanjung Bidara Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan kemudian disokong ADUN Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Khaidhirah, 37 menjadi wanita pertama dilantik memegang jawatan itu.
Beliau yang lebih dikenali dengan nama Dira bukanlah nama asing di negeri ini kerana merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Isnin.
Beliau yang dibesarkan di Kampung Rim, Jasin merupakan pemegang Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya dan mula aktif dalam politik pada tahun 2015.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ISU MCA: ‘JANGAN BIMBANG, KITA CARI JALAN PENYELESAIAN’ – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Barisan Nasional (BN) akan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut membabitkan MCA susulan ketidakpuasan hati parti...
PROGRAM KEMASYARAKATAN MAHASISWA BUKAN HANYA KETIKA PILIHAN RAYA – ZAMBRY
TELOK MAS 26 Oktober – Program kemasyarakatan melibatkan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) bukan hanya dilaksanakan ketika musim pilihan raya,...
ISTERI KETUA MENTERI TURUN PADANG RAIKAN PEJUANG KANSER, PENGHIDAP MASALAH BUAH PINGGANG DUN AYER LIMAU
AYER LIMAU 26 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer mengiringi isteri...
FESTIVAL PERTUKARAN BUDAYA HIMPUN ENAM NEGARA DI MELAKA, SASAR 30,000 PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 26 Oktober - Melaka bakal menjadi tumpuan delegasi antarabangsa menerusi penganjuran Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya...
PRN MELAKA: ‘ACIK ZUL’ TEKAD PERTAHAN TABOH NANING
AYER KEROH 26 Oktober - Kepercayaan diberikan kepadanya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: JEZLEE SEDIA GALAS AMANAH DEMI RAKYAT SUNGAI RAMBAI
AYER KEROH 26 Oktober - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai Jezlee Pit, bertekad memberikan...
